Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan
satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh
mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama
spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai
binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang.
Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana
mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan
yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan
patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak
di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar).
Ikan patin sangkar dijual pada harga RM10 hingga RM14 sekilo di sekitar
daerah Temerloh, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan patin sungai
boleh mencecah RM180 sekilo bergantung kepada jenisnya.
Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
- Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
- Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
- Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
- patin Buah
- Patin Mucung
- Patin Juara
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Patin
0 komentar:
Posting Komentar